Saturday, July 23, 2011

Alam Roh Yang Berbeza

alt

Pada suatu hari, Abu Bakar r.a telah ditanya oleh seorang sahabat tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a :

"Ruh itu menuju ke tujuh tempat"

· Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adni.
· Ruh para ulama menuju ke syurga Firdaus.
· Ruh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.
· Ruh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.
· Ruh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
· Ruh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
· Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa :

"Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah"

· Orang-orang yang mati syahid.
· Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
· Orang yang puasa hari Arafah.

Dari Al-Bara' bin 'Azib RA, katanya:

Kami telah keluar bersama-sama Nabi S.A.W, mengiringi jenazah seorang lelaki dari kaum Ansar, lalu kami sampai ke kuburnya yang disediakan. Rasulullah S.A.W pun duduk lalu kami duduk disekelilingnya dengan keadaan tidak bergerak dan membisu seolah-olah ada burung yang hinggap di atas kepala kami, manakala Baginda S.A.W pula mencucuk-cucuk tanah dengan seranting kayu yang ada di tangannya. Setelah itu Baginda S.A.W mengangkat kepalanya lalu bersabda: "Mintalah kamu perlindungan kepada Allah dari azab kubur", (diulanginya sabdanya itu) dua atau tiga kali.

Kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: "Sesungguhnya hamba Allah yang mukmin (ketika hendak mati) apabila dia berada dalam keadaan terputus dari dunia dan sedang menghadapi akhirat, akan turunlah kepadanya Malaikat-malaikat dari langit, putih bersih muka mereka, seolah-olah matahari, dengan membawa bersama mereka kain-kain kapan dari syurga, dan haruman yang ada di syurga, sehingga mereka duduk jarak daripadanya sejauh mata memandang.

Kemudian datang Izrail a.s lalu duduk di sisi kepalanya sambil menyerunya dengan berkata: "Wahai jiwa yang baik! Keluarlah engkau menuju ke tempat keampunan dan keredhaan Allah".

Baginda S.A.W bersabda lagi: "Kemudian roh orang itu keluar – mengalir seperti mengalirnya setitik air dari mulut bekas air (yang terbuat dari kulit kambing), lalu Malakul maut mengambilnya, maka apabila ia mengambilnya, Malaikat-malaikat (yang ditugaskan untuk itu) tidak membiarkannya ditangan Malakul maut walau sekelip mata sekalipun lalu mereka mengambilnya kemudian meletakkannya di dalam kain kapan dan haruman tersebut; dan keluar pula dari roh itu bau yang harumnya seperti haruman kasturi yang terdapat di atas muka bumi."

Baginda S.A.W bersabda lagi: "Kemudian mereka membawanya naik ke langit, maka mereka tidak melalui (semasa membawanya) mana-mana kumpulan Malaikat melainkan kumpulan Malaikat itu berkata: "Roh yang baik ini roh siapa?" Mereka menjawab: "Roh si fulan anak si fulan' (dengan menyebutkan sebaik-baik namanya yang biasa mereka menamakannya dengan nama-nama itu di dunia), (demikianlah halnya) sehingga berakhirlah perjalanan mereka membawanya ke langit yang pertama; setelah itu mereka meminta dibukakan pintu langit untuknya, lalu dibukakan pintu untuk mereka, kemudian Malaikat-malaikat yang berkedudukan istimewa di sisi Tuhan dari penduduk tiap-tiap langit menghantar roh itu beramai-ramai hingga ke langit yang berikutnya, sehinggalah mereka berhenti membawanya di langit yang ketujuh."

Setelah itu Allah 'Azza wa Jalla berfirman kepada Malaikat-malaikat (yang ditugaskan untuk itu): "Simpanlah suratan amal hamba-Ku ini dalam 'Illiyyin (tempat simpanan surat amal orang-orang yang berbakti) dan bawalah dia balik ke bumi, kerana sesungguhnya Aku telah menciptakan manusia dari bumi, dan ke bumi juga Aku kembalikan mereka, serta dari bumi pula Aku keluarkan mereka sekali lagi".

Baginda S.A.W bersabda lagi: "Dan sesungguhnya orang yang kafir (ketika hendak mati) apabila ia berada dalam keadaan terputus dari dunia dan sedang menghadapi akhirat, akan turunlah kepadanya Malaikat-malaikat dari langit, hitam muka mereka, dengan membawa kain-kain kasar seperti kain kadut, lalu mereka duduk jarak daripadanya sejauh mata memandang. Kemudian datang Malakal maut, lalu duduk di sisi kepalanya sambil menyerunya dengan berkata: "Hai jiwa yang jahat! Keluarlah engkau menuju ke tempat kebencian dan kemurkaan Allah".

Baginda S.A.W bersabda lagi: "Kemudian roh orang itu berselerak di merata jasadnya (kerana takut hendak keluar), lalu disentap rohnya itu oleh Malakul maut sebagaimana sebatang besi pembakar daging disentap dari segumpal bulu yang basah. Malakul maut pun mengambilnya, maka apabila ia mengambilnya, Malaikat-malaikat (yang ditugaskan untuk itu) tidak membiarkannya di tangan Malakul maut walau sekelip mata sekalipun sehingga mereka meletakkannya dalam kain kasar yang tersebut, dan keluar pula dari roh itu bau yang sebusuk-busuk bau bangkai yang ada di atas muka bumi. Kemudian mereka membawanya naik ke langit, maka mereka tidak melalui (semasa membawanya) mana-mana kumpulan Malaikat melainkan kumpulan Malaikat itu berkata: "Roh yang jahat ini roh siapa?" Mereka menjawab: "Roh si fulan anak si fulan," (dengan menyebutkan seburuk-buruk namanya yang biasa dipanggil dengan nama-nama itu di dunia); (demikianlah halnya) sehingga berakhirlah perjalanan mereka membawanya ke langit yang pertama, setelah itu mereka meminta dibukakan pintu langit untuknya, tetapi tidak dibukakan baginya."

Kemudian Rasulullah S.A.W membaca (ayat 40 Surah al-A'raf ertinya): ".....Tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga umpama seekor unta yang cuba untuk masuk di dalam lubang jarum.".

Kemudian Baginda S.A.W bersabda lagi: "Lalu Allah 'Azza wa Jalla berfirman kepada Malaikat: "Simpanlah suratan amal jahatnya di dalam neraka Sijjin (tempat simpanan surat amal jahat orang-orang yang berdosa), yang letakkanya di bumi yang terkebawah sekali.Lalu dicampakkan rohnya ke situ."(HR Ahmad, Abu Dawud)

Hatimu Lumrah Islam.

Man Ana Ya Rabb......
alt


Terkapai-kapai keresahan, diulik mimpi fatamorgana lalu...

Apakah kebahagiaan yang diimpikan bisa menjadi kenyataan atau ia sebenarnya sekadar ilusi bersama sisa-sisa dosa?

Adakah mentari pagi tidak akan bersinar lagi setelah senja melabuhkan tirai?

Kemuraman suasana senja mengheret jiwa menjadi suram tanpa cahaya pengharapan?

Ohhh tidak...

Tibanya malam, bertambah gelora hati ini.

Tidakkah aku terfikir senja yang muram, malam yang gelap hanyalah pusingan yang silih berganti dengan siang mentari pagi.

Tidak perlu menghukum diri untuk terus terbenam di dalam selut kemusnahan semata-mata kerana teringat kebodohan diri yang lalu.

Itu adalah permainan Syaitan yang cuba menangguk di air yang keruh. Kejayaan bagi Syaitan tidak dilihat pada kesilapan yang telah kita lakukan tetapi pada kesilapan seterusnya yang berkait-kait sehingga kita lemah dan melupakan pintu rahmat dan keampunan ALLAH S.W.T yang terbentang luas.

Kuatkan diri meniti kemuraman senja, kerana tiada kuasa yang dapat menghalang kehadirannya dan yakinlah ia pasti akan pergi apabila tiba masanya. Walaupun perginya disambut pula dengan kegelapan malam, namun hiasilah malam dengan ayat-ayat cinta dan butiran manik-manik suci.

Laluilah...

Insya-Allah...
kesabaran, ketakwaan dan keyakinan akhirnya membawa kegirangan tika mentari tiba.

Fahamilah bahawa apabila kita merubah fikiran sebenarnya kita merubah kehidupan,
Fahamilah rintangan paling besar untuk berjaya dan bahagia adalah ketakutan dan ketiadaan yakin diri untuk berubah,
Fahamilah kejayaan hanya untuk orang yang hendak berjaya dan menyiapkan dirinya untuk menerima kejayaan.
Keresahan dan ketakutan sebenarnya wujud dalam imaginasi.

Jangan biarkan ia mengawal diri sehingga kita jauh dari pengharapan yang dinanti,
Hikmah kehidupan perlu dihayati dan diselami,
Hayatilah, selamilah dengan redha-Nya di sisi.

Insya-Allah

Wednesday, March 23, 2011

Doa duduk antara dua sujud, yang sering kita abaikan..

Betapa besarnya doa yang acapkali kita ucapkan, setiap solat 17 kali sehari.
Namun tanpa kita sedari, sering kita abaikan.. sekadar sebutan di bibir, tanpa ramai memahami maksudnya, apatah lagi menghayatinya.

Penuhkan rasa rendah diri, kita mohon padaNYA..


"اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ (Tuhanku, ampunkanlah aku)
berdiam sejenak, seolah olah menerima hembusan angin sepoi sepoi bahasa yang nyaman

وَارْحَمْنِيْ (sayangilah aku)
ulang ulangkanlah, sehingga kita bersedia memohon permintaan kepadaNYA

وَاجْبُرْنِيْ (tutuplah aib aibku)

وَارْفَعْنِي" (angkatlah darjatku)

وَارْزُقْنِيْ (berilah aku rezeki)

وَاهْدِنِيْ (berilah aku petunjuk)

وَعَافِنِيْ (sihatkanlah aku)

وأعف عنى" (maafkanlah aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita. Betapa besarnya nilai sebuah doa ini.. sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Tuesday, March 15, 2011

sekitar sambutan maulidurasul S.A.W 2011










Ustaz Nazimuddin bin Omar
diantara para hadirin kaum hawa...
hadirin dari kaum adam
sama sama khusyuk mendengar isi isi ceramah dari ustaz.. menarik, padat dan penuh pengajaran...
dengar ceramah sudah, nasyid pun sudah, selawat pun sudah.. apa lagi.. jamuan time...

Sunday, March 6, 2011

Nur itu cahaya, jahil itu bahaya...

Syukur alhamdulillah..

Sambutan maulidurrasul S.A.W tahun 2011 telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna..
Cuaca yang terang, kehadiran yang ramai, hidangan jamuan yang sungguh lazat, aturcara yang sungguh mesra tetamu.. dan paling penting penceramah/motivator yang sungguh bijak menguasai suasana..

Kata kata diatas adalah petikan dari ucapan beliau. Banyak sungguh kisah kisah, panduan, kata nasihat mahupun teguran yang disampaikan dengan cara yang sangat bersahaja dan menarik.. bahkan pihak yang terasa kerana teguran yang mengenai batang hidung sendiri pun tidak berkecil hati, marah .. bahkan menerima dengan hati terbuka..

Kisah Saidina Umar r.a mencari dan memeluk Baginda S.A.W sangat mengharukan. Tak malu mengaku, menitis airmata ini. Ditambah lagi kisah Baginda S.A.W sendiri disaat penghujung usia Baginda.

Allahuakbar.. siapa tidak terkesima dengan kisah seorang tua yang tidak berputus asa .. walaupun 2 kali terpaksa berpatah balik kerumah, lantaran terjatuh ditengah jalan.. semata mata untuk solat berjemaah di rumah Allah..

Siapa yang tidak terpecah gelaknya dengan kisah subuh gajah.. subuh gajah.? inile kali pertama mendengarnya.. ha ha ha.. kasihan manusia ini..

Siapa yang tidak seronok dengan khabar.. bahwa serombongan malaikat menyeru setiap nama yang hadir, memohon agar mereka itu diberi keredhoan oleh Allah S.W.T .. semata mata kerana hadir ke majlis ini..?

Subhanallah...

Rahmah... Redho... Taat.. mudah je menyebutnya.. tapi itulah tingkatan darjat manusia di sisiNYA..
Siapalah kita..??

Hermmmm ulasan ringkas tentang sambutan semalam.

Terima kasih dan tahnniah kepada yang hadir..
Syabas kepada yang mendapat manfaat..
Syukur alhamdulillah kepada yang redho dan menerima segala kebaikan yang ada..

Tahnniah sekali lagi..

Insyallah ada sedikit gambar untuk dikongsi bersama.. errr tapi bukan hari ini.. esok esok kot..

Thursday, March 3, 2011

Update..

Semalam team pembinaan suras As Sakinah telah berkunjung ke pejabat jurutulis setiausaha kerajaan negeri Johor.
Syukur alhamdulillah fail kami telah dinaikkan dan akan dibawa masuk ke mesyuarat exco yang akan datang.
Insyallah segalanya akan berjalan lancar..

Kalau tiada apa aral, dan perjalanan mengikut perancangan, Ramadhan ini kita dah boleh bersolat tarawikh di tempat yang lebih sempurna..
Ameen..

Friday, February 25, 2011

Mintalah Sentiasa

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Surah Al-Baqarah Ayat 45)


[B]Doa Adalah Intipati Kepada Segala Ibadah[/B]

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:[I]"Tiadalah di atas dunia ini seorang Muslim yang berdoa melainkan akan diperkenankan Tuhan atau dipalingkan daripadanya kejahatan selama dia tidak berdoa perkara-perkara yang berdosa atau membuat perkara yang memutuskan tali persaudaraan. Lantas seorang lelaki berkata: "Kalau begitu kita perbanyakkan doa? Jawab baginda: " Di sisi Allah (penerimaan) lebih banyak."Riwayat at-Tirmizi[/I]

i) Setiap umat Islam dituntut supaya berdoa kerana doa adalah inti pati kepada segala ibadah. Orang yang enggan berdoa dianggap sebagai orang yang sombong, takbur dan bongkak.

ii) Ketika berdoa, kita hendaklah peka kepada apa yang didoakan (dipohon), janganlah berdoa dengan mulut sahaja sedangkan hati kita lalai. Sebaliknya hadirkan hati serta hayati apa yang dipohonkan itu serta yakin bahawa Allah akan menerima doa tersebut kerana sesungguhnya Allah S.W.T tidak akan memperkenankan doa orang yang hatinya lalai dan alpa.

iii) Supaya doa dimakbulkan, hendaklah kita mematuhi adab-adab berdoa serta memilih masa dan tempat yang sesuai kerana Allah dengan sifat-Nya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tidak akan mensia-siakan doa hamba-Nya selama mana apa yang diminta itu merupakan perkara-perkara yang baik. Begitu juga Allah yang sifat-Nya yang Maha Pengampun tidak akan menolak doa hambanya yang beristighfar dan berdoa memohon keampunan dari segala dosa yang telah dilakukan.

[B]Mintalah Kepada Allah Swt Sentiasa[/B]

[I]Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Surah al-Baqarah: 186)[/I]

Mintalah kepada Allah Swt dalam apa jua keadaan, dalam hati dan juga dengan adab-adab berdoa serta waktu-waktu berdoa yang terbaik. Setiap manusia tidak lari daripada menghadapi pelbagai masalah. Bila kita merasakan tidak ada tempat mengadu, hilang arah tujuan, ingatlah sesungguhnya tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah.

Kembalilah kepada Allah, berserahlah sepenuhnya kepada Allah. Yakin lah Dia tidak pernah meninggalkan kita sendirian. Suburkanlah iman di hati dan selalu menginsafi diri. Sesungguhnya setiap ujian itu adalah pembuka jalan untuk kembali kepada Allah. Inilah caranya Allah menuntun kita agar tidak jauh daripadaNya.

Mintalah pertolongan daripadaNya dengan menggandakan kuasa sabar dan memperbanyakkan solat. Perteguhkan tawakkal dan redha dengan takdirNya. Kembalilah kepada Allah dengan memilih jalan kehambaan. InsyaAllah di situ akan ada tempat bagi melabuhkan jiwa yang kepenatan.
credit ; iluvislam